Nikahi Wanita Lain Dihadapan Istri Pertama, Curhatan Poligami Pria ini Viral Hingga Tuai Pro dan Kontra di Kalangan Pasutri!

Posted on

Pernikahan merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan yang memang sudah siap untuk melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius.

Selain itu, momen ini juga merupakan momen yang paling membahagiakan bagi kedua mempelai. Meski seharusnya menjadi momen yang membahagiakan bagi banyak pihak, nyatanya ada beberapa pernikahan yang justru malah menimbulkan pro dan kontra.

Loading...

Salah satunya pernikahan pria Malaysia dengan seorang wanita beberapa waktu yang lalu yang sempat membuat ramai jagad maya.

“Bismillah…

Alhamdulillah telah berlangsung ijab kabul saya yang kedua pada 2 Nov 2018.

Sudilah membaca coretan ini untuk manfaat semua.

Hari ini cukup seminggu selepas majlis berlalu.Pelbagai reaksi dan respon yang kami terima maka hari ini kami akan berkongsi kepada anda semua tentang kehidupan baru kami.

Kepada yang simpati dan sedih untuk isteri pertama saya ucapkan terima kasih.Dia alhamdulillah boleh menerima walau ada sedih tetapi bukan sedih seperti yang ramai orang sangkakan.Seolah suami mereka pula yang berkahwin lebih.

Bila ada orang jumpa dia dalam keadaan menangis dan simpati maka dia akan bersedih juga.Walhal dia boleh menerima keadaan yang berlaku tetapi bila kerap yang datang sedih maka tempias tu terkena sedikit.

Bukan tidak hargai tetapi bayangkan kalau pergi ziarah orang sakit.Semua yang hadir cerita bab sakit,sabar dan menangis.Begini dan begitu maka pesakit boleh jadi stress dan down.Tak sakit boleh jadi sakit.

Maka apabila ziarah pesakit hiburkan dia dgn cerita2 gembira.Doakan kesihatannya. Anugerah dan kelebihan Allah beri pada orang yang sakit.Itu lebih bermakna.

Jadi bila jumpa isteri saya ada baiknya tanya dia macamana dia boleh terima dan tabah atau bercerita tentang benda lain dan bukan ‘tumpang bersedih’.

Isteri kedua pula jangan ada yang mencemuh atau melabelnya perampas.Sebab kalau berkata begitu bermakna menyalahkan perkara syariat yang Allah halalkan. Hentikanlah berkata dan bersangka demikian.Terimalah syariat yang Allah halalkan kerana itu menunjukkan tanda keredhoan seorang hamba kepada penciptaNya.

Dia boleh menerima menjadi isteri kedua kerana melihat penerimaan isteri pertama yang meredhoi kehadiran orang baru untuk suaminya sebagai suatu ibadah dan dakwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *